Pada 18 September 2015 (Jumaat) telah berlangsungnya majlis penutup Bulan Kemerdekaan peringkat SK Parit Gantong.Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan majlis yang sangat meriah pada hari ini.
Adalah diharapkan sepanjang berlangsungnya penghayatan bulan kemerdekaan ini, semua guru dan murid dapat menyemai semangat cintakan negara Malaysia yang tercinta ini. Semoga sambutan sebegini juga dapat memupuk dan memperkukuhkan lagi semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
Kemuncak majlis ini diserikan lagi dengan gelagat dan aksi para peserta pertandingan Koir dan murid-murid yang memperagakan pakaian mereka dalam pertandingan pakaian beragam. Seterusnya majlis disusuli dengan penyempurnaan penyampaian hadiah oleh Pn. Noraidah, Guru Besar SKPG kepada barisan pemenang.
Berikut adalah warna-warni sepanjang majlis berlangsung.
No comments:
Post a Comment