++MAKLUMAN UNTUK WARGA SKPG++
Friday, 23 January 2015
Program Kesihatan Gigi di Sekolah
Program kesihatan gigi di sekolah
RAWATAN pergigian merupakan sebahagian daripada penjagaan kesihatan yang penting dalam kehidupan setiap individu.
Aspek penjagaan gigi berkait rapat dengan pendidikan awal untuk menerap kan tabiat baik serta membentuk sikap positif kepada penjagaan kesihatan terutama melibatkan pelajar di sekolah di negara ini.
Inisiatif Kementerian Pendidikan dengan usaha sama Kementerian Kesihatan dalam menyediakan kemudahan Program Klinik Sekolah bertepatan dengan usaha kerajaan memberi pendidikan awal kesihatan kepada pelajar yang holistik.
Program Klinik Sekolah yang menyediakan kemudahan kesihatan bagi murid prasekolah hingga sekolah menengah mampu mendidik tentang penjagaan oral yang berkesan.
Majlis Watikah Pelantikan
Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah ,Pengawas Perpustakaan,Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Thursday, 22 January 2015
Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 (BKAP)
Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100
Majis penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan (BKAP) RM100 SKPG telah diadakan pada hari Jumaat 16.1.2015 jam 12.00 tengah hari - 2.00 petang. Manakala seramai 15 orang murid Tahun 6menyertai majis penyerahan Bantuan Khas Persekolahan RM100 di SMK Sungai Rambai pada jam 11.30 pg. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dengan kerjasama semua guru ,staf sokongan yang terlibat dan semua ibu bapa yang hadir.
Semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak- anak yang baru saja memulakan persekolahan 2015...
Selamat datang dan selamat kembali ke sekolah
Selamat datang dan selamat kembali ke sekolah
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua warga SKPG.Selamat Kembali ke sekolah untuk adik-adik semua..Untuk adik-adik Pra sekolah dan Tahun 1 selamat Datang diucapkan.Diharap pembukaan Tahun Baru 2015 ini dimulakan dengan penuh semangat untuk lebih berjaya dalam pelajaran dan juga kehidupan masing-masing
adik adik Tahun 1 yang penuh bersemangat dan untuk adik adam jangan nangis ya =) |
Subscribe to:
Posts (Atom)