PROGRAM KEMBARA BERBASIKAL AMBANG MERDEKA SK PARIT GANTONG
Sempena sambutan 58 tahun Kebangsaan Negara , SKPG menganjurkan "Program Kembara Berbasikal Tokoh Sehati Sejiwa" bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan pelajar-pelajar dan masyarakat setempat.
Acara yang diadakan pada 27 Ogos 2015 seawal jam 7.45 pagi berjalan lancar dan para murid dapat mengenali TN Hj. Jus yang merupakan Tokoh Sehati Sejiwa dan dapat mendengar serba sedikit cerita mengenai zaman sebelum kemerdekaan.
Secara tidak langsung,Program ini dapat membangkitkan semangat kemerdekaan di kalangan murid menerusi aktiviti berbasikal sambil membawa Jalur Gemilang disamping memupuk semangat integrasi dan kerjasama di kalangan murid-murid dan ahli komuniti melalui aktiviti yang dijalankan.
No comments:
Post a Comment