Ceramah Motivasi keibubapan
Majlis taklimat, aku janji serta ceramah Motivasi Keibubapaan Murid-murid Tahun 6 SKPG telah diadakan pada hari Sabtu 31 Januari 2015 bertempat di Kantin SKPG dari jam 08:30 Pagi Hingga 10:30 Pagi . Ibu bapa/penjaga dan murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini terlibat dalam majlis ini. Ceramah Motivasi Keibubapaan telah disampaikan oleh En . Rahmat Bin Johari (Pengarah Syarikat POWER DIRI MANAGEMENT).
Ceramah kepimpinan
Pada jam 10:30 pagi bertempat di kantin SKPG juga juga diadakan Majlis Ceramah Kepimpinan kepada Pelajar yang telah dipilih oleh Guru SKPG.Ceramah kepemimpinan ini telah disampaikan oleh En Chan Chi Ho iaitu dari SK Paya Rumput Melaka yang merupakan Guru Cemerlang BNK(Pengerusi Majlis Guru Bimbingan dan Kaun seling Melaka Tengah dan Timbalan Pengerusi MajlisGuru Bimbingan dan kaunseling Melaka.
Para peserta telah diberikan pendedahan tentang ciri-ciri kepemimpinan yang menjadi idola dan ideal serta perlu diterapkan dalam diri seorang pemimpin. Ceramah ini telah menggariskan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin. Ceramah . Antara ciri-ciri kepimpinan yang ditekankan oleh Abah ialah berdisiplin, berperancangan, berpersonaliti cemerlang, berdaya juang tinggi serta boleh berkomunkasi dengan baik. Bakal pemimpin juga perlu mempunyai prinsip yang teguh, bersikap keizen, dan sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.
Antara aktiviti yang dilakukan
No comments:
Post a Comment