++MAKLUMAN UNTUK WARGA SKPG++



Diucapkan Selamat Datang kepada Murid Tahun 1 bagi sesi 2016
Semoga dengan kehadiran Tahun Baru ini imej SKPG akan lebih terus gemilang dan cemerlang dalam semua bidang...=))

Blog Sekolah masih lagi dalam proses pembikinan..Sebarang maklumat dari warga SKPG yang ingin dikongsi bolehlah di emelkan kepada admin untuk aktiviti menaiktaraf blog. =)Alamat emel : mba1071skpg@gmail.com..Segala perkongsian amatlah dialu-alukan...TQ:Admin=).
Selamat kembali ke sekolah bagi semua adik-adik SK Parit Gantong

Sila copy Link yang diberikan untuk insert Link Blog Sekolah ke dalam akaun VLE masing-masing......tq:ADMIN : http://skparitgantong1071.blogspot.com//

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua Warga SKPG =)

Kepada Guru Panitia,Guru Penyelaras dan Guru Kelas. Guru-guru bolehlah aktif semula mengemaskini Blog masing-masing dengan isi-isi atau aktiviti yang dijalankan.. BERSAMA KITA MEMBUDAYAKAN PENGGUNAAN ICT MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIDALAM DUNIA TANPA SEMPADAN =)
1-PUSAT SUMBER SKPG-Pn Zaharaliza
2-J-QAF SKPG-Ustazah Sueharniza 3-PANITIA PEND.ISLAM SKPG-Ustazah Marhaini 4-PANITIA SAINS SKPG-Pn.Halimatun Saadiah

Wednesday 30 December 2015

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

1) Program Awal Tahun 2016 SK Parit Gantong
a) Sesi Orientasi Murid , Taklimat Ibu bapa Murid Tahun 1 dan Agihan Buku Teks Murid Tahun 1 2016
b) Taklimat Pra Sekolah di Bilik Pra Sekolah
c) Kutipan Bayaran Keperluan Persekolahan 2016 dan Sumbangan PIBG Tahun 1 hingga Tahun6 - Kantin
d) Pendaftaran 
Tarikh : 31 Disember 2015 (Khamis) Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

Tuesday 6 October 2015

TAKLIMAT HRMIS

Tarikh : 1 Oktober 2015
Masa : 2.30 Ptg
Tempat: Makmal Komputer SKPG
Program: Taklimat dan aplikasi HRMIS serta cara cara mengemaskini maklumat secara atas talian.
Taklimat HRMIS telah disampaikan oleh Pn Khairuneesya dibantu oleh PT Sekolah Pn Rasidah Maumin iaitu berkaitan dengan pengisian data dan maklumat perkhidmatan guru secara online.


Lawatan Penanda Aras Kelas Abad 21 : SK Batu Gajah

Lawatan Penanda Aras : SK Batu Gajah.
Pada 1 Oktober 2015 (Khamis), Warga dari SK Batu Gajah seramai 10 orang guru, telah datang melawat kelas Abad 21 di SK Parit Gantong, dibawah pelaksanaan program Lawatan Penanda Aras.
              

       Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat suasana kelas, infrastruktur serta PdP yang  juga diiktiraf sebagai pengajaran Alaf Ke 21.

     Para peserta telah diberi taklimat di kantin dan seterusnya merasai sendiri pengalaman serta suasana belajar di dalam kelas yang dikendalikan oleh Puan Norhafizah yang ketika itu sedang menjalankan PdP



       Para peserta lawatan seterusnya ditunjukkan oleh  Pn Norhafizah cara-cara menggunakan peralatan ICT seperti visualizer yang terdapat di dalam kelas Alaf 21 dengan dibantu oleh Juruteknik yang bertugas Cik Nor Anies.

Sunday 27 September 2015

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2015 Peringkat Sekolah


            Pada 18 September 2015 (Jumaat) telah berlangsungnya majlis penutup Bulan Kemerdekaan  peringkat SK Parit Gantong.Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan majlis yang sangat meriah pada hari ini.

Adalah diharapkan sepanjang berlangsungnya penghayatan bulan kemerdekaan ini, semua guru dan murid dapat menyemai semangat cintakan negara Malaysia yang tercinta ini.  Semoga sambutan sebegini juga dapat memupuk dan memperkukuhkan lagi semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.

Kemuncak majlis ini diserikan lagi dengan gelagat dan aksi para peserta pertandingan Koir dan murid-murid yang memperagakan pakaian mereka dalam pertandingan pakaian beragam. Seterusnya majlis disusuli dengan penyempurnaan penyampaian hadiah oleh Pn. Noraidah, Guru Besar SKPG kepada barisan pemenang.

Berikut adalah warna-warni sepanjang majlis berlangsung.
















Tuesday 8 September 2015

SEMOGA BERJAYA MURID TAHUN 6....

Hari ke2 murid-murid Tahun 6 menduduki Peperiksaan UPSR...Dengan penuh doa warga SKPG dan guru-guru terutamanya mendoakan semoga Murid Tahun 6 berjaya dan cemerlang..

Monday 31 August 2015

PROGRAM AMBANG MERDEKA 2015 PERINGKAT SEKOLAH

 AMBANG MERDEKA 2015
Hari: 28 OGOS  2015 (JUMAAT)
Jam: 9.00 pagi
Tempat : TAPAK PERHIMPUNAN SKPG

Tentatif Program: 
8.00 –9.00  pagi- Tayangan Video Lawatan  Kasih di bilik JQAF
9.00  pagi - Ketibaan  Perasmi
- Bacaan Doa
- Nyanyian Lagu Patriotik 
*  Negaraku              *  Tanggal 31 Ogos
*  Jalur Gemilang     *  Sehati Sejiwa
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan Perasmi
* Perasmian—Bahtera  Merdeka diikuti tembakan meriam buluh 3x
-  Jamuan Merdeka
- Majlis Bersurai





PROGRAM KEMBARA BERBASIKAL AMBANG MERDEKA SK PARIT GANTONG


PROGRAM KEMBARA BERBASIKAL AMBANG MERDEKA SK PARIT GANTONG


Sempena sambutan 58 tahun Kebangsaan Negara  , SKPG menganjurkan "Program Kembara Berbasikal Tokoh Sehati Sejiwa" bagi menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan pelajar-pelajar dan masyarakat setempat.

Acara yang diadakan pada 27 Ogos 2015 seawal jam 7.45 pagi berjalan lancar dan para murid dapat mengenali TN Hj. Jus yang merupakan Tokoh Sehati Sejiwa dan dapat mendengar serba sedikit cerita mengenai zaman sebelum kemerdekaan.

Monday 17 August 2015

PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2015






Dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek, tema "SEHATI SEJIWA" dipilih kerana ia mencerminkan roh perpaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini. Ia dilihat sebagai prinsip kesamarataan antara Semenanjung serta Sabah dan Serawak. 



PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2015


 PERASMIAN SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2015 Isnin 17 Ogos 2015, berlangsung Perasmian Sambutan Kemerdekaan 2015 Peringkat SK Parit Gantong. Majlis yang pernuh warna-warni, meriah dengan semangat kenegaraan. Majlis dimeriahkan lagi dengan Gimik Pelajar melakonkan Peristiwa semasa Tun Abdul Razak melaungkan Kemerdekaan dan Pelancaran dengan Tuan Guru Besar meletupkan belon sebanyak 58 biji sempena 58 tahun kemerdekaan. Tahniah kepada AJK pelaksana sambutan kerana menyerikan perasmian dengan pakaian yang berwarna-warni.


Wednesday 8 July 2015

Majis Persaraan Tn Hj Hamzah Bin Hussin




Majis Persaraan Tn Hj Hamzah Bin Hussin 


Majlis persaraan wajib Tn.Hj.Hamzah Bin Hussin yang akan bersara pada 21 Jun 2015 telah diadakan di Kantin SKPG. Memandangkan tarikh persaraan beliau jatuh pada hari cuti ,Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan telah mengatur 1 majlis khas sempena meraikan persaraan beliau pada hari Jumaat, 19 Jun 2015. Majlis dijadualkan bermula pada 9 pagi.

Sempena persaraan beliau, Seluruh warga SKPG mengucapkan Selamat Bersara, Semoga ceria melalui alam persaraan dan semoga berbahagia bersama keluarga tercinta. Insyaallah ada keizinan  dari Allah S.W.T, kita akan berjumpa lagi.

"Kalaulah ada sumur diladang,
Boleh hamba menumpang mandi,
Kalaulah ada umur yg panjang,
Insyaallah kita jumpa lagi"


````"SELAMAT BERSARA TUAN HAJI HAMZAH BIN HUSSIN"`````


Majlis Perpisahan Ustaz Mohd Syukri dan En Ashari Osman

Majlis Persaraan Tn. Hj Hamzah,Majlis Perpisahan Ustaz Mohd Syukri dan En Ashari Osman
Tempat : Marina Bay Tanjung Emas Muar Johor
Tarikh : 15 Jun 2015
Tiada kata seindah bahasa, oleh itu pantun diganti sebagai ucapan dari kami Warga SKPG
Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Tuesday 7 July 2015

Temasya Sukan Tahunan Sekolah Prt Gantong 2015

Temasya Sukan Tahunan Sekolah Prt Gantong 2015

Pada 21.Mei.2015 telah diadakan Temasya Sukan Tahunan Sekolah.Temasya Sukan Tahunan ini telah diadakan di padang sekolah dan dihadiri oleh warga sekolah , PIBG serta masyarakat berdekatan.Matlamat perlaksanaan sukan tahunan ini mengembangkan potensi dan minat pelajar didalam arena sukan .berikut merupakan gambar aktiviti pada temasya sukan berlangsung..



Majlis Pembukaan Gelanggang Warisan Seni Silat Sendeng

Majlis Pembukaan Gelanggang Warisan Seni Silat Sendeng 


Tarikh : 19 MEI 2015
Tempat : Kantin SKPG
Objektif Program : Bertujuan untuk memperkenalkan kepada murid tentang tradisi masyarakat melayu tentang persilatan,menggalakkan murid mempelajari ilmu pertahanan diri dan memupuk minat murid dalam memelihara seni budaya persilatan dalam masyarakat melayu



Sambutan Hari Guru dan pekerja 2015

Sambutan Hari Guru dan pekerja 2015

Tarikh : 18 Mei  2015
Tempat : Kantin SKPG
Tema Pemakaian : Zaman Kesultanan Melayu

Tuesday 30 June 2015

Pertandingan Senamrobik Prasekolah Daerah Jasin

Pertandingan Senamrobik Prasekolah Daerah Jasin

Tarikh : 1 April 2015
Tempat : AADK Jasin

Team Pra Sekolah SKPG  telah menghantar wakil seramai 6 orang untuk menyertai Pertandingan Senamrobik Pra Sekolah di Jasin.




Cuba lagi Tahun Depan.







Sunday 29 March 2015

Pelancaran Program Nilam & Bengkel MDK 2015

Pelancaran Program Nilam & Bengkel MDK 2015
Tarikh : 27 Februari 2017
Hari :Jumaat
Masa : 7.40 pagi
Tempat : Bilik J-QAF
Matlamat : Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan pelajar SKPG Khususnya.




Murid diberi penerangan dan tunjuk Ajar oleh EN. MOHD RAFIQ dari Dewan Bahasa Dan Pustaka

Teknik Menjawab BM UPSR

Teknik Menjawab BM UPSR

Tempat : Makmal Komputer SKPG
Kelas : Tahun 6
Tarikh : 18 Mac 2015




Terima Kasih diucapkan 

MESYUARAT PIBG KALI KE 41 TAHUN

MESYUARAT PIBG KALI KE 41 
Sesi 2013/2014

Tarikh : 28 Februari 2015
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Kantin SKPG



Bergambar Kenangan

Monday 2 February 2015

Progam Kepimpinan.Akujanji & Motivasi Keibubapaan serta Murid Tahun 6 2015

Progam Kepimpinan.Akujanji & Motivasi Keibubapaan serta Murid Tahun 6 2015

Ceramah Motivasi keibubapan
Majlis taklimat, aku janji serta ceramah Motivasi Keibubapaan Murid-murid Tahun 6 SKPG telah diadakan pada hari Sabtu 31 Januari 2015 bertempat di Kantin SKPG dari jam 08:30 Pagi Hingga 10:30 Pagi . Ibu bapa/penjaga dan  murid tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini terlibat dalam majlis ini. Ceramah Motivasi Keibubapaan telah disampaikan oleh En . Rahmat Bin Johari  (Pengarah Syarikat POWER DIRI MANAGEMENT).








Ceramah kepimpinan 
Pada jam 10:30 pagi bertempat di kantin SKPG juga juga diadakan Majlis Ceramah Kepimpinan kepada Pelajar yang telah dipilih oleh Guru SKPG.Ceramah kepemimpinan ini telah disampaikan oleh En Chan Chi Ho iaitu dari SK Paya Rumput Melaka yang merupakan Guru Cemerlang BNK(Pengerusi Majlis Guru Bimbingan dan Kaun seling Melaka Tengah dan Timbalan Pengerusi MajlisGuru Bimbingan dan kaunseling Melaka. 

Para peserta telah diberikan pendedahan tentang ciri-ciri kepemimpinan yang menjadi idola dan ideal serta perlu diterapkan dalam diri seorang pemimpin. Ceramah ini telah menggariskan sifat-sifat yang perlu ada pada seorang pemimpin. Ceramah . Antara ciri-ciri kepimpinan yang ditekankan oleh Abah ialah berdisiplin, berperancangan, berpersonaliti cemerlang, berdaya juang tinggi serta boleh berkomunkasi dengan baik. Bakal pemimpin juga perlu mempunyai prinsip yang teguh, bersikap keizen, dan sentiasa bersedia untuk memikul tanggungjawab yang diamanahkan.











Antara aktiviti yang dilakukan 













Sunday 1 February 2015

Program sekolah Penyayang

Program Sekolah Penyayang yang dirasmikan oleh Tn. Guru Besar SK Parit Gantong
Tarikh : 26 Januari 2015
Tempat : Tapak perhimpunan SKPG


Murid-murid dan guru yang menyambut harijadi pada bulan Januari memotong kek bersama-sama.

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SK Parit Gantong 2015

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah SK Parit Gantong telah diadakan pada 27 Januari 2015. Acara yang disertai oleh semua pelajar ini bermula pada jam 9.30 pagi. Sebelum acara bermula, pelajar berkumpul di tapak perhimpunan bagi mendengar taklimat daripada Guru-guru, Setiausaha Sukan serta mendengar taklimat daripada guru rumah masing - masing. Pelajar begitu bersemangat berlari dan memiliki semangat kesukanan yang tinggi dalam memastikan kejuraan rumah sukan masing - masing.





























Pelawat

Alumni SKPG

Name:
Email Address:

This form powered by Freedback