++MAKLUMAN UNTUK WARGA SKPG++



Diucapkan Selamat Datang kepada Murid Tahun 1 bagi sesi 2016
Semoga dengan kehadiran Tahun Baru ini imej SKPG akan lebih terus gemilang dan cemerlang dalam semua bidang...=))

Blog Sekolah masih lagi dalam proses pembikinan..Sebarang maklumat dari warga SKPG yang ingin dikongsi bolehlah di emelkan kepada admin untuk aktiviti menaiktaraf blog. =)Alamat emel : mba1071skpg@gmail.com..Segala perkongsian amatlah dialu-alukan...TQ:Admin=).
Selamat kembali ke sekolah bagi semua adik-adik SK Parit Gantong

Sila copy Link yang diberikan untuk insert Link Blog Sekolah ke dalam akaun VLE masing-masing......tq:ADMIN : http://skparitgantong1071.blogspot.com//

Selamat Tahun Baru diucapkan kepada semua Warga SKPG =)

Kepada Guru Panitia,Guru Penyelaras dan Guru Kelas. Guru-guru bolehlah aktif semula mengemaskini Blog masing-masing dengan isi-isi atau aktiviti yang dijalankan.. BERSAMA KITA MEMBUDAYAKAN PENGGUNAAN ICT MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DIDALAM DUNIA TANPA SEMPADAN =)
1-PUSAT SUMBER SKPG-Pn Zaharaliza
2-J-QAF SKPG-Ustazah Sueharniza 3-PANITIA PEND.ISLAM SKPG-Ustazah Marhaini 4-PANITIA SAINS SKPG-Pn.Halimatun Saadiah

Wednesday 6 April 2016

SELAMAT DATANG 2016

Tahun 2016, kami menerima GPK kokurikulum baharu iaitu En Abdul Malek bin Md Sam daripada Sk Chinchin. Mantan GPK kokurikulum Pn Waidah telah dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM Sk Batu Gajah. 

Wednesday 30 December 2015

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

1) Program Awal Tahun 2016 SK Parit Gantong
a) Sesi Orientasi Murid , Taklimat Ibu bapa Murid Tahun 1 dan Agihan Buku Teks Murid Tahun 1 2016
b) Taklimat Pra Sekolah di Bilik Pra Sekolah
c) Kutipan Bayaran Keperluan Persekolahan 2016 dan Sumbangan PIBG Tahun 1 hingga Tahun6 - Kantin
d) Pendaftaran 
Tarikh : 31 Disember 2015 (Khamis) Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

Tuesday 6 October 2015

TAKLIMAT HRMIS

Tarikh : 1 Oktober 2015
Masa : 2.30 Ptg
Tempat: Makmal Komputer SKPG
Program: Taklimat dan aplikasi HRMIS serta cara cara mengemaskini maklumat secara atas talian.
Taklimat HRMIS telah disampaikan oleh Pn Khairuneesya dibantu oleh PT Sekolah Pn Rasidah Maumin iaitu berkaitan dengan pengisian data dan maklumat perkhidmatan guru secara online.


Lawatan Penanda Aras Kelas Abad 21 : SK Batu Gajah

Lawatan Penanda Aras : SK Batu Gajah.
Pada 1 Oktober 2015 (Khamis), Warga dari SK Batu Gajah seramai 10 orang guru, telah datang melawat kelas Abad 21 di SK Parit Gantong, dibawah pelaksanaan program Lawatan Penanda Aras.
              

       Lawatan ini adalah bertujuan untuk melihat suasana kelas, infrastruktur serta PdP yang  juga diiktiraf sebagai pengajaran Alaf Ke 21.

     Para peserta telah diberi taklimat di kantin dan seterusnya merasai sendiri pengalaman serta suasana belajar di dalam kelas yang dikendalikan oleh Puan Norhafizah yang ketika itu sedang menjalankan PdP



       Para peserta lawatan seterusnya ditunjukkan oleh  Pn Norhafizah cara-cara menggunakan peralatan ICT seperti visualizer yang terdapat di dalam kelas Alaf 21 dengan dibantu oleh Juruteknik yang bertugas Cik Nor Anies.

Sunday 27 September 2015

Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2015 Peringkat Sekolah


            Pada 18 September 2015 (Jumaat) telah berlangsungnya majlis penutup Bulan Kemerdekaan  peringkat SK Parit Gantong.Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah menjayakan majlis yang sangat meriah pada hari ini.

Adalah diharapkan sepanjang berlangsungnya penghayatan bulan kemerdekaan ini, semua guru dan murid dapat menyemai semangat cintakan negara Malaysia yang tercinta ini.  Semoga sambutan sebegini juga dapat memupuk dan memperkukuhkan lagi semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.

Kemuncak majlis ini diserikan lagi dengan gelagat dan aksi para peserta pertandingan Koir dan murid-murid yang memperagakan pakaian mereka dalam pertandingan pakaian beragam. Seterusnya majlis disusuli dengan penyempurnaan penyampaian hadiah oleh Pn. Noraidah, Guru Besar SKPG kepada barisan pemenang.

Berikut adalah warna-warni sepanjang majlis berlangsung.
















Tuesday 8 September 2015

SEMOGA BERJAYA MURID TAHUN 6....

Hari ke2 murid-murid Tahun 6 menduduki Peperiksaan UPSR...Dengan penuh doa warga SKPG dan guru-guru terutamanya mendoakan semoga Murid Tahun 6 berjaya dan cemerlang..

Pelawat

Alumni SKPG

Name:
Email Address:

This form powered by Freedback